BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

saya tak berharap anda follow saya, tapi saya harap anda dapat sesuatu melalui blog saya...

Pages

Thursday, September 24, 2009

Jika aku jatuh cinta..

baru2 ni, skola aku mengadakan solat hajt di skola. sesampai je kat skola, meja dah pnuh. gara2 tunggu kwn, aku terlambat. takpelah,never mind..macam2 ragam diorang ne.. ada yang pki bju berkelip2, macam nak raya, padahal nak berbuka je, pastu solat terawih ngn solat hjat. azan je, kitorang trus makn,solat mgrib, pas2 bru makan makanan berat. sambil makan2, teringat lak kat skola lama. rndu bangat.. sudah je makn, aku dan temanku, trus memperbaharui wudhu'.. tanpa membuang masa, aku dan dye terus je ke dewan untuk solat isyak berjemaah.kami pun melalui beberapa orang lelaki kelasku. ada la sorang budak 2 tetibe pggil name aku.. ah..budak tu memang suka ngusik aku. sampai aku jauh pun dia pangggil lagi name aku..aku pun wat tak heran jela. peduli ape aku. malas nak layan.. kawan aku sorang tu pun tanyala..
"nape tak layan??" aku pun jawabla..
"buat ape nak layan? harga kite tinggi" dia pun cakapla..
"klu kite, layan je" huh!! malas nak berdebat ngan dia.. takde class langsung layan budak laki cam dia..
yang penting,aku tetap aku.. aku pun ulang je ayat aku dari tadi..
"harga kite tinggi!"..aku pun terpikirla.. kenapa diorang rasa bangga sangat kalau laki tegur diorang?? ape yang diorang pk agaknya..
kenap la senang sangat perempuan neh termakan dengan
kata2 laki.. kalau dah cinta 2, sumenye nampak buta. nak bermesra depan orang pun dah tak de rasa malu. apa lagi ngan Allah?? nauzubillah.. mudah2an Allah jauhkan dari kiter sume perkar yang terkutuk olehNYA...ameen.. takutnya dalam ati ne kalau Allah campakkan rase cinta pada manusia melebihi cinta kepadaNYA.. Nauzubillah..

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada
seorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu...

Ya Muhaimin,jika aku jatuh hati, izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang yang hatinya  tertaut
padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta
                      nafsu....

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku
padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu....

Ya Rabbul Izzati,jika aku rindu, rindukanlah aku
pada seseorang yang merindui syahid di jalan
                             Mu.....

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam
                             terakhir Mu....

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia
                              kepada Mu....

Sunday, September 20, 2009

Semula Jadi...

  Beberapa hari yang lalu, sedang aku dan rakan sekelas mengulangkaji subjek ape ntah [dah lupe] tetibe, munculla isu 'semula jadi'... maka, terjadilah perbalahan antara kami..

AKU: mana ada yang semula jadi kat dunia ne. sumenye Allah yang cipta..

NINI[bukan nama sbnar]: manusia ngn tumbuhan bukan semula jadi kew?

AKU: tu kan Allah yang cipta. [Aku pun ulang balik ayat aku sebelum tu..] takde yang semula jadi..pen pun ada pencipta.. so, xde la yang semula jadi.. semula jadi tu kan maksudya, sesuatu perkara tu terjadi dengan sendirinya.. kat dunia ne, sumenye Allah yang ciptakan.. [dia tetap tak paham. agaknya, perkataan semula jadi tu dah biasa kut lam hidup diorang. agaknya, dia rasa 'semula jadi' tu maknanya Allah yang cipta kut.. entahla..]

NINI: dah tu, awak nak kiter percaya cakap awak la ne??

AKU: [aku yang tak paham ape yang dia maksudkan tanya blik ape yang die cakap..] [waktu tu, tegang sangat.. last2 aku pun cakapla, lupekan jela..aku pun dah tak tau nak cakap cane gi..len kali la kut..]

NINI: awak ne bawak ajran sesat ke?? pandai2 je..

[adus.. kesian tol tak paham2 dari tadi.. tapi, aku takdela marah kat dia. maybe amek masa ket tok dia paham kut.. aku pun hanya mampu tersenyum...kami pun meneruskan ulangkaji kami yang terbengkalai dari tadi..]
so, sesape yang ada pandangan nak bagitau, di alu2kan untuk melakukannya..terima kasih kerana membaca..

Thursday, August 27, 2009

kasih seorang ayah

Dah 6 hari ma berada di kota makah,menunaikan umrah. Sudah 6 hari juga kami berbuka puasa tanpa ibu. Suasana berbuka begitu sunyi. Tapi,banyak yang dapat aku belajar sepanjang ketiadaan ibu sekaligus mendidik aku menjadi seorang ibu meski hanya sebentar cuma. Yang paling menyentuh hatiku, pabila ayahku yang terkenal dengan ketegasannya begitu prihatin terhadap anak-anaknya.
Hari ke-2 berpuasa, ayah pulang bersama 2 beg plastik yang penuh berisi daging. Beg itu bertukar tangan. Daging itu bakal menjadi lauk berbuka puasa kami pada hari itu. Tau ape yang aku fikir? 'macam mane abah nak makan daging?abah kan tak boleh makan daging..' Abah menghidap gout(sakit kaki). Banyak pantang larangnya. Dye tetap berkeras mahu masak sup daging. Katanya, sumaiyah suka makan yang ada kuah. Ya Allah,sampai ke situ dye fikir, walaupun dye tau dye tak boleh makan daging,dye tetap nak buat. Semata2 untuk anak2nya. aku pun tak pernah tau adik aku suka makan yang ada kuah.
Petang tu, aku buat jugak sup daging seperti yang di mintanya. Dengan bantuannya,sup pun siapla. Semuanya atas tunjuk ajarnya. Sebenarnya, aku tak berapa pandai bab2 memasak ne. hi3. Teruk betul anak perempuan sorang ne. Haritu,kami makan sup tu je. Abah pun dah takde pilihan, dye cuma ambil kuahnya saje. Sedihnye hati tak terkata. Kesian abah. Abah siap suruh kami tambah lagi. Abah tanya kami, "boleh tak abah jual sup?" Kami tersenyum.
Hari isnin, abah ajak kami buat kuih tikam lompat. Adik2 pun tolongla abah. Yang seronoknya, habis bersepah meja dengan tepung. Kami anak beranak tersenyum. Kalaulah ma ada waktu tu, pasti meja tak bersepah. Mane taknya, adik2 turut campur tangan, memangla bersepah.. Dah siap lapisan bawah, tiba giliran untuk buat lapisan atas. Aku mengmbil alih tugas mereka. Tetiba, kuali aku termasuk dalam kuih abah. Ya Allah, teruknya aku. Fikirku, abah pasti marah. Tapi nak wat cane, kuali tu panas, terjatuh plak. Tapi, lain yang terjadi. Abah langsung tak marah. Abah tersenyum, kemudian dye ketawa. Aku turut tersenyum. Kata abah, "takpe, first time buat memang tak perfect, lepas ne boleh buat lagi." Lebih kurangla dye cakap camtu. Aku mengangguk. Malu ada, kesian ada, sedih ada, lucu pun ada. Macam2.
Esoknya, kami berbuka puasa di rumah kakak ipar di Puchong. Sayangnya, abah tak dapat ikut. Sebabnya, malam tu abah ada program. Di rumah kakak ipar, aku mesej abah. 'Abah masak ape?' Abah balas, 'abah bukak kat umah pakcik zaaba'. Ada program di rumah pakcik agaknya, fikirku. Malam tu, abah mesej lagi, dye suruh aku telifon dye esok pagi waktu sahur. Malangnya, mesej abah masuk lambat. Kesian abah. Pagi tu, abah tak sahur. Kebiasaanya, abah akan pulang lewat kerana program selalunya akan habis lewat. Kata abah, abah tak tak sempat nak set jam.
Tengahari tu, kakak iparku mengajak abahku berbuka bersama kami di rumahnya. Tapi, kata abah, abah sakit kaki, tak boleh bawak kereta. Kesian abah. Akhirnya, perancangan di tukar. Kami yang akan pulang berbuka puasa bersama abah.
Petang tu, kakak ipar dan abangku menghantar kami pulang. Makanan berbuka sudah siap dimasak hasil tangan kakak iparku. Kami bertolak dalam pukul 5.00 petang selepas kepulangan abang dari kerja. Malangnya, jalanraya sangat sesak. Kira2 pukul 7.00, kesesakan mula surut. Alhamdulillah. Azan maghrib sudah pun berkumandang. Sesampai sahaja kami di muka pintu lif, kami terus berbuka berbekalkan kerepek yang ada dalam bonet kereta.
Sesampai sahaja kami di rumah, abah sudah selesai menunaikan solat maghrib. Kami lekas2 menunaikan kewajipan kami yang masih tertangguh sementara menunggu lauk pauk di hidangkan. Tentu abah berbuka hanya dengan beberapa biji kurma dan segelas air memandangkan lauk pauk yang dibawa kami terlambat sampai. Sekali lagi berlaku adegan yang menyentuh hatiku. Abah hanya makan ikan dan nasi kerana semua lauk pauk yang menjadi santapan kami merupakan makanan pantang larangnya. Kesian abah. Sudahla tidak bersahur, berbuka pula hanya dengan ikan. Kerana terlalu kasihkan abah, aku masakkan abah seketul ayam. Tapi, abah langsung tak menjamahnya, bahkan menyuruh kami yang menjamahnya. Kasihnya abah terhadap kami. Akan tetapi, kami langsung tidak menyentuhnya semata-mata ingin abah sendiri yang memakannya. Abah tetap dengan pendiriannya. Akhirnya, seketul daging itu tersimpan hingga ke hari esoknya. Kasihnya abah pada kami...
Ya Allah, mulianya hati seorang bapa. Setiap pagi abah menyediakan sahur buat kami semua. Kadang2 sampai dirinya sendiri tidak menjamah apa2 semata2 ingin melihat kami semua bersahur. Aku menjadi malu sendiri. Tulusnya hati abah. Syukur Alhamdulillah kerna dikurniakan seorang abah yang mempunyai hati sepertinya. Saayang ABAAH...

Saturday, August 22, 2009

mutiara dari seorang kakak

BISMILLAH...

beberapa hari yang lepas, aku dan teman2 bercadng ingin mengulangkaji bersama. Tempatnya di rumah aku sendiri. Dan lepas je study, hasrat hati nak bermandi manda memandangkan rumahku yang dilengkapi dengan kolam mandi. Biasala,rumah condo. sambil2 kitorang study, my sis datng bersama-sama sebekas pulut kuning bersama rendang ayam. kami terus bersembang sambil makan2 dan sambil menyiapkan homework yang bertimbun. sebenarnya, bkan ne yang aku nak cite..

Sementara menunggu teman2ku yang sedng bersiap untuk mandi, kakak ku sempat berpesan, 'yah kena pengaruhi diorang,bkan diorang yang pengaruhi yah.' Pesannya lagi, 'yah kena da tarbiah dalam dri yah, maksudya, perlu ada nasihat yang datng dari diri kita sendiri. perlu ada yang menyokong kita dari dalam diri kita. yah dah lama duduk dalam tarbiah, jangan lepaskannya bgitu je.' air mata ne hampir nk menitis..

katanya lagi, "yah kena msukkan pasal ALLAH dalam perbualan yah. yah tarik sorang pun dah cukup. jangan sia2kan didikan yg yah dah dapat kat mat3.. jangan malu nak cakap pasal ne. kena rasa Allah tu bangga ngan kita klu kite usaha nak ajak orang ke arah kebaikan. biarlah diorang nak cakap ape pown.. mcam kawan akak sorang ne, dye yakin sangt ngan janji Allah, smpi dye tak kesah ape orang nak cakap. dye yakin ngan janji Allah. akak pun tak bleh nak buat camtu. sebab terlalu fikirkan ape orang nak cakap pasal kite. 2la mslah yg ada dalam dri kita. rasa takut orang tak dapat terima kita. tapi, kawan akak tu, sbb dye yakin dengan Allah, hubungan dye baek ngan Allah, smpi hubungn dye ngan manusia pun takde masalah. orang laen bleh je terima dye.'

banyak lagi pesan dye.. member aku penah ckp, 'untung dapat kakak camtu, kalaulah kami(bhs utra) dapat, mst kami pergunakan dye. cite masalah ke, tanya pendapat ke... mintak nasehat ke..syokkan da kakak cam2...'

mula2,best ar...tapi kekadang tu, borng sbb dye asyik bg ceramah 'free' je. aku, biasala..sejak belakangn ne, ego tinggi.. tapi, bile aku pikir2 kan blik kata2 kwn aku tu, ada btul jgk. nape la aku sia2 kakak aku sendiri?? kan?? so, sejak tu la aku mula dengar blik cakap dye..

ritu, dye penah cakap, "kita malu kat adek2(adala sbbnya),tapi kita tak malu pun kat ALLAH. kan??" ada satu citer ne, tak ingt sangt jalan citernye..camni kut.

ada sorang perempuan ne ajak buat maksiat, si laki ne pun ckpla, 'boleh, tpi kat tempat org ramai.' si perempuan ne pelikla. dye pun cakap, 'malula orang tengok nanti.' si laki ne pun cakapla, 'kenapa nak malu ngan manusia? dengan ALLAH tak malu ke??' si permpuan tu tersentak. terkejut dye. akhirnya si perempuan tu taubat.. kalaula kta ada rasa Allah sentiasa melihat kita, Alhamdulillah sangat2. kan?? mudah2an begitu la.. ameen....

kalau boleh, aku nak bg taw sumer orng, aku gembira sangat dpat kakak yg bgitu memahami. thanks 2 ALLAH... so, sesape yang ader kakak tu, hargailah ape yang kite ada sblum ALLAH tarik nikmat 2..kan2??