BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

saya tak berharap anda follow saya, tapi saya harap anda dapat sesuatu melalui blog saya...

Pages

Friday, December 31, 2010

sifat wanita syurga

    abdullah bin Masud meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda ; "apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan, diampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yang di sinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat 1000 darjat untuknya."

  1.      seorang wanita yang solehah lebih baik dari seorang wali Allah.
  2. wanita yang uli tepung dengan membaca Bismillah akan di berkati Allah rezekinya.
  3. wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti membersihkan baitullah.
  4. wanita yang solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
  5. Allah akan berkat rezeki apabila wanita memasak dengan zikir.
  6. seorang wanita yang menutup auratnya dengan purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya 13x dari wajah asal.
  7. semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah Yang Maha Indah di akhirat nanti tetapi Allah sendiri akan datang berjumpa dengan wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah dengan istiqamah(berterusan)..
Abdul Halimel Sulthani

Sunday, December 26, 2010

bahtera kehidupan..


waktu dunia sedang berputar,
aku layari bahtera dengan ombak yang menggunung derasnya menghempas sisi bahtera,
kadang airnya ombak membanjiri atas bahteraku.
bahtera ini,aku yang mengemudikannya,
layarnya ku ikat kemas pada tiang keimanan.
derasnya ombak menelan penumpang yang tiada punya arah tujuan,
anak mataku memandang dari kejauhan.
kejamnya aku.
seolah aku bersubahat dengan kejahatan ombak.
aku tidak memberikan kalian tali ukhuwah yang dikait kemas.
tali ini belum benar-benar kukuh.
maafkanku..

ada air jernih yang mengair di pipiku,
aku pasti,ini bukanlah tempias ombak mahupun rintikan hujan.
kalian,pautlah pada dinding bahteramu yang kau kukuhkan dengan ibadahmu,
andai dindingmu itu kuat,pastinya kalian tidak di hanyut derasnya ombak.
titahkanlah pakaianmu menjaga kehormatanmu.... 

Monday, December 20, 2010

liku kehidupan

di setiap liku yang kita lalui,
akan ada onak dan duri,
akan muncul kebahagiaan dan kegembiraan,
detik masa yang berlalu,
tiap jam yang berlalu,
bermacam perkara kan kita tempuhi..
derita dan sengsara itu,
memberi makna dan warna disetiap liku jalan kenangan..