BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

saya tak berharap anda follow saya, tapi saya harap anda dapat sesuatu melalui blog saya...

Pages

Monday, January 31, 2011

yakin dengan diri sendiri

     sambil jejalan blog orang, teruja sungguh tengok hasil blog diorang.. amazing.. terdetik dalam hati..'subhanallah,cantiknya..'..'bestnya cra penyampaian dia'..'macam manela dia bleh terpikir sampai camtu skali'..'betul2'...'setuju!'..'dia pakai softwre ape erk?'..macam2 la yang kluar.. entah ape tah lagi.. teruja tgok hasil2 lukisan shabat2 maya, dalam hati teringin nak jadi camtu. aku ne, al-maklumlah, jiwa seni. suka sangat kat segala jenis art.. tak boleh tgok orang buat art cantek2.. geram, jeles.. huhu.. kekadang, rasa cam nk jdi cm 'dia'(mereka yg pkar seni)..bleh la jugk melukis, mengarang ne,..tapi tkla sepakar mereka yg aku teruja.. skadar hobi.. hurm, terpikir jugak, ada ke, org yang pndai seni tpi tk kreatif? seni ne, perlu kepda pemikiran kreatif ke? kalau takda, tak bleh jadi pelukiis ke? runsing sungguh aku memikirkan. dari kecik lagi aku bercita2 nak jadi pelukis. ada masa dpan ke? sapa kata xda? of coursela ada.. sukati je ckap xda.. hurm.. spe kata x kreatif xley jdi plukis? bley pa..tpi skrg, orang dah maju. macam2 seni kita bley buat mggunakan satu je sftwre.. lengkap sgalanya. tpi kne ada kmahiran pkai alat la.. ada satu sebab kuat mengapa aku suka sangat ngan seni, wlupun lukisanku bruk. knpa? sebab cikgu aku cakap, dalam seni xda yang salah. klu bruk skalipun, itu adalah seni. seni ni ada mcm2. 

 air terjun yg xbrapa nak jadi..
 
 belajar ngan pc. ghani,plukis..siap dapat tndatangan lgi..

 inilah hasilnya...dengan bantuan pc.ghani..ntah jadi ke tak..

      SENI...ada yang kita tak fahami maksudnya, hanya plukis  yg lkis tu je tw apa mksdnya. ada plukis yang jdikan orang lidi dalm plbagai ragam. plek2 la. orang lidi pun bleh jdi seni. tmbah cat bruk2 sket cm contengn kat tpi org lidi tu, dah bleh jual beribu2 ringgit. spe kata mlukis xda msa dpan?? katakan padaku.. aku lebih suka melukis secara manual. pegang berus secara real. cat comot kat tangan. best woo.. hurm ,tpi dah lama tinggal. tpi, kalau ada masa cuti, ayah plak bagi hrpan tuk mukis, ape gi.. abes rumah dah jadi tadika. padahal bruk je. alhamdulillah ayah tak marah.. huhu.. 
inilah yang berlaku..rumahku,tadikaku..

macam2 aneka ada..

cantek...tpi ini bukan aku yg buat..

      apa yang nak saya cakap kat sini sebenarnya ialah, jadilah diri sendiri, tak payah jadi orang lain. be your self.. memang kekadang dalam hati teringin gak jadi macam plukis2 yang terkenal..tapi,erm,..lebih baik yakin pada bakat sendiri. yakin pada diri sendiri.ckap pasal be your self, teringat teman2 sekuliah yang bermacam2 ragam. ada yang nak jumpa bakal mertua, nak pakai tudung labuh, takut pak and mak mertua tak berkenanla. hellooo... lbeh baik jadi diri sendri. kalau pak and mak mertua tu berkenan sebab bertudung labuh(solehah). takkan kekal lamanya. lbih baik tunjukkan dri yang sebenar. biar pak and mak mertua sayang dan suka sebab kita adalah kita. tapi,kadang2, kalau hipokrit sekali sekala bleh jdi baik sungguh. tak cya? cubala..

manusia dan masaalah

         
 "berikanku ketabahan dalam menjalani liku kehidupan ini, ya Allah.."

         Seringkali manusia merungut hal-hal yang kecil, seolah-olah kesulitan yang dihadapi lebih besar daripada kenikmatan yang di kecapi. Sedarkah kita tentang hal ini? Setiap kali kita ditimpa musibah, kita mengira bahawa musibah itu terlalu besar buat kita. Kita juga mengira bahawa tuhan tidak adil pada kita. Kita merasa musibah itu terlalu berat buat kita.Tapi, sedarkah kita, kirakah kita betapa kenikmatan yang di beri adalah lebih besar daripada kesulitan yang kita rasakan? Sedarkah kita tentang itu?

        Al-kisah sering terjadi pada kita di awal pagi, kita merungut apabila dikejutkan ibu tersayang. Hati meronta supaya di beri sedikit waktu lagi untuk tidur. Kita langsung tidak menyedari barangkali kita akan terus tertidur tanpa terjaga lagi. Fikirlah dengan akal, bukan dengan hati. Fikirkah kita, terjaga kita bererti kita di beri peluang lagi untuk bernafas? Pada siapakah sebenarnya kita merungut? Pada siapakah sebenarnya kita mengeluh? Kejamnya kita.

        Dahulu kala,pernah aku merungut kerana di uji dengan sakit kepala yang teramat. Lalu aku meminta sahabatku untuk memicit kepalaku dengan mulutku yang terus mengomel. Lalu, sahabatku bertanya, 
    "sejak bilakah keadaan kau dalam kesakitan ini?"  
    lalu aku mengatakan bahawa sejak semalam LAGI. Sahabatku bertanya lagi,  
    "berapa lamakah telah kau hirup udara percuma ini?" aku jadi hairan dengan persoalannya. Aku pun jawab tanpa perasaan. 
    "sejak aku di lahirkan la." 
    Sahabatku meneruskan kata-katanya. 
    "adakah cukup kesakitan yang kau rasai sejak semalam ini dapat membayar udara yang di beri tuhan pada kau selama berpuluh-puluh tahun kau hidup?" 
    "tentulah tak cukup." jawabku penuh kesal di hati. 
    "sahabatku,moga Allah mengampuni kita." aku mengangguk lemah.

terima kasih buat sahabatku, Basyirah ridzuan, kerana beliau lah yang memberi cetusan idea kepadaku untuk mencoret kisah ini. oleh itu sahabatku sekalian, ingatlah kenikmatan yang kau dapat, bukan mengungkit kesengsaraan yang kau terima. dan andainya kalian terjaga di tengah malam, mahupun di awal subuh, segeralah bangun kerana barangkali keterjagaan kalian adalah yang terakhir kalinya. namun, amat susah sekali untuk memujuk hati yang sarat dengan kecintaan dunia ini untuk menegangkan mata di malam hari. moga Allah memberi kita kekuatan. kerana kekuatan kehidupan adalah pada tahajud kita. coretan ini untuk diriku jua. wallahualam..

Tuesday, January 18, 2011

Aku merindukanmu, mujahid cinta

wahai orang yang menyepi dengan kemaksiatan
kepada Allah di waktu malam.
di lauhul mahfudz segala kejahatan di tulis 
dengan pena.
dengan kemaksiatan engkau menyepi, sedangkan 
Allah melihatmu,..
engkau tidak dapat menyembunyikan dosa-dosamu
dariNya.
apakah engkau merasa aman terhadap seksaan
dariNya?
bahagialah yang di waktu malam matanya tidak terpejam.
melalui malam dengan risau kerana
cinta pada penguasa alam.
dalam kerinduan ia berdiri menatap bintang
sedang mata Allah tak pernah lengah
memandang...
wallahi..betapa nikmatnya hidup beriman itu....
AL-FARUQ IBN ZAINUDDIN

Wednesday, January 12, 2011

kau dan aku

    Dahulu, hidupku hanya untuk dia..  dahulu, kami pernah bersama memandang ke arah bulan dan bercerita dengan riang. ku cuba cari keindahan yang pernah di perkatakan orang. ku terus mencari.. namun secebis bahagia pun tidak ku temui.. saat kami berjalan bersama, berpimpin tangan, ku rasa bangga sekali.. namun, keindahan itu, tidak jua ku temui.. kami bercerita segalanya yang indah belaka.. namun, jauh di dasar hatiku, ku akui bahawa segalanya tidak indah.. namun, ku nafikan ia.. ku pura2 bahagia.. hubungan kami bertahan kira2 empat tahun lamanya.. setiap bulan, kami meraikan ulang tahun hubungan kami.. kami melakukan ape yang manusia kini lakukan.. betapa aku menyedari bahawa betapa bodohnya aku menghambakan diri pada nafsu..

     demikian indahnya hubungan kami dengan warna2 syaitan.. masa terus berlalu. jodoh aku, juga jodoh kamu sudah di sediakan di loh mahfuz.. dan suatu petang yang hening, aku telah di beritahu oleh mama dan papaku tentang jodohku yang sudah pun mereka rencanakan.. dan aku ketika itu sedang menunggu peperiksaan akhir aku di london.. dengan kuasa Alllah, aku berjaya menamatkan pelajaranku dengan senyuman yang tak dapat aku tahan.. sesampai sahaja aku di malaysia, kaum kerabatku sudah menunggu aku di lapangan terbang. london, banyak mengubah aku. siapa bilang ingin  menjaga iman itu senang??

    aku pulang dengan watak yang sangat berbeza. dahulu, aku remaja nakal dan sekarang kenakalanku semakin menjadi2 jadi.. apatah lagi apabila berada di luar dari jagaan ibu bapa.. sepulangnya aku, perkahwinanku di percepatkan.. mataku terbeliak saat memandang bakal suamiku. alangkah terkejutnya aku. saat itu, ku rasa diriku terlalu kerdil untuk menerima lelaki sebaik dia. sebelum perkahwinan itu berlangsung, aku terlebih dahulu memutuskan semua hubunganku dengan mana2 lelaki. kebosananku melimpah ruah saat kata2 manis mereka hamburkan. dan aku tekad untuk mengakhiri masa bujangku dengan menerima lamaran lelaki yang dalam beberapa saat lagi akan menjadi suamiku..

   hidup kami ku jalani seperti biasa. banyak yang ku belajar darinya. solat yang ku tinggal, kini ku penuhi. dan suatu masa saat ku bersiap untuk tidur, dia mengajakku untuk berbual di ruang atas yang hanya berbumbungkan langit..masya Allah, indah sekali ku rasakan..angin terasa bagai menyapa kami. tangannya memegang tanganku. aku melihat wajahnya. 'kau berhak dapat yang lebih baik daripada aku. tapi mengapa aku yang kau pilih?' kata-kata itu hanya kedengaran di mindaku.
       "ada yang perlu awak tahu tentang diri saya", dia memulakan bicara. matanya yang hitam pekat itu ku tenung sedalam-dalamnya. terdengar keluhan perlahan darinya.
       "apa?sebelum tu, bolehkah saya bertanya? mengapa awak memilih saya? sedangkan awak sendiri dapat lihat saya ini bagaimana orangnya.?" aku bertanya soalan yang sudah lama ingin aku tahu jawapannya.
      "kerana awak adalah saya, dan saya adalah awak."
      "maksud awak?" aku jadi kebingungan.      "sebelum tu, saya mohon maaf dan mohon agar awak tidak tinggalkan saya seandainya saya beritahu tentang diri saya." saya cuma mengangguk perlahan. rasa ingin tahu meluap-luap, sehingga tidak menyedari bahawa saya sudah menerima permohonannya.
      "saya pernah berzina."aku terkedu. saat itu juga aku menangis. dengan tersedu sedan, aku menghabarkan sesuatu yang dia juga perlu tahu sejak dulu.
      "benarlah kata-kata Allah, bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan laki-laki yang jahat untuk perempuan2 yang jahat...." aku menarik nafas panjang dan meneruskan bicaraku. "...aku juga pernah berzina.. maafkanku..." dia menggenggam jemariku. dan menarik aku ke dalam pelukannya.
      "dan kita di jodohkan sesuai dengan janji Allah.." aku terus menangis dalam pelukannya kerana terharu yang teramat sangat... terima kasih Ya Allah...




6 jejaka, 1 rasa

   untungnya ada 6 jejaka, atau dalam erti kata lain, 6 body guard. haha... 6 jejaka yang ku maksudkan bukanlah orang asing dalam hidupku. entah macam mana boleh terfikirkan tajuk ne. hurm, sebab kawan aku cakap, nak menulis berita, isi utama mesti kat atas, kalau karangan biasa, mesti didahului dengan pendahuluan, baru isi utama. mengapa begitu? sebab sahabat aku cakap lagi, berita nak menarik minat orang. orang akan baca berita beberapa perengganje, perenggan last2, orang tinggalkan, sebab tak penting pun. jadi, untuk menarik minat orang, maka terciptalah tajuk "6 jejaka, 1 rasa".. melalut jauh lak.. teruskan membaca..
   mungkin ada orang yang pernah mengalami perasaan sebegini. Barangkali mereka yang pandai men'tackle' hati orang pernah mengalami waktu "6 jejaka, 1 rasa"..hurm, tapi aku lain. sebab 6 jejaka ni tersangatlah familiar dengan diriku. ok, terus kepada cerita utama.

   Muhammad Ghazali, nama di beri, anak sulong, juga merangkap cucu sulong. ada suatu ketika yang membuatku terharu. dahulu kala, waktu HIMEGA di UKM, telah berlaku suatu peristiwa yang tak di sngka-sangka. huhu, hpku di telan sebuah lubang yang menjadi tempat melabur para manusia sekalian warga UKM. nsedihnya tak terkata, kerana hp tu hp pertama yang ku miliki. tanpa rasa geli sedikitpun, aku memanjangkan lenganku untuk mencapainya. malangnya, lubang tersebut terlalu dalam. pada mulanya, menangis juga aku di buatnya bertemankan sahabatku, Nabilah Kamal. ku tabahkan diri menerima hakikat yang aku tak mungkin akan mendapatkan kembali hp ku itu. air mata yang mengalir ku seka dengan hujung tudungku. sebelum pulang, aku terserempak dengan jejaka ini, dengan segera aku menyalami dan mencium tangannya tanda hormat. aku mengambil posisi di sebelahnya. secara tak sengaja, aku menceritakan tragedi yang berlaku pada hpku. dengan nada terkejut, dia bertanya, 'cane bleh berlaku?' dengan tidak semena-mena, air mataku merembas keluar. ah! malu, tapi itu yang terjadi. dia mengusap belakangku, menenangkan emosiku. "sabarlah, ada yang lebih baik Allah nak bagi tu. manela tau dapat hp yang lebih baik.." aku cuba tuk tersenyum. tapi air mata terus merembas keluar. ksedihan sudah berkurang, air mata ini kerana keharuan atas pujukannya. TERIMA KASIH ALONG...


        jejaka kedua di beri nama Abdul Rahman. hm, yang ne straight je. bukan apa, dia tak habis2 suruh aku berjaga2 dengan lelaki. walaupun dah berkali aku yakinkan yang aku takkan ada apa2 dengan laki, dia masih trus nasihat. katanya, "tak payah nak bercinta sekarang ne. buat susah je. waktu bercinta sume nampak indah, kentut pun wangi. tapi ble dah clash, nanti mula la nak jaja gambar kita. laki bukan leh caya. laki ne jahat je.." adui..banyak lagi sebnrnya. tapi, aku taw, dia bukan suka2 ckap camtu. dan berkali ku ulang ayat yang sama.. "iye angah.." apepun, TERIMA KASIH ANGAH...
 me and angah..

      jejaka seterusnya..
  
     ismail najmuddin atau lebih di kenali dengan panggilan mae. pernah juga, suatu ktika dlu, aku menangis di hadapannya kerana knfius nak blik rumah siapa. time tu form2.kcik gi..tak matang lgi.. dia datang jenguk kmi, waktu tu hujung mggu. dia ktawa perlahan dan memujukku. "alaa...senang je. yah tanya kawan yah, kalau yah balik rumah diorang, diorang nak masak apa? kalu sedap, yah blikla rumah kawan yah yang masak sedap tu.. ha, kan senang.." dalam tangisan, aku ketawa. tak patut betul. dua2 hati kawan tu, aku nak jaga. dua2 ajak blik rumah diorang. mane tak sedih..huhu..bleh plak dia wat lawk ntah pape..apepun, dia(mae), menyenangkan hatiku. TERIMA KASIH MAE..



       nu'man, yang ke berapa tah.. yang ne lagi sporting. tak berkira sangat dalam hal duet ne. sebab dia pun masih membujang. jadi, kemana sangatlah duet dia kalu bukan kepada ma dan abah. jadi, kmi adik2 pun ingin juga menumpang. hehe, jgn marah bro.. tahun 2009, sambut birthday aku kat kL, dgan rakan dan sdara di bangi. tup-tup, dapat makn percuma. bukan calang2 kek tu. secret recipe tu.. bukannya sepotong, tapi sebulat kek tu. ape nama tah,, ha, namenya, Capuccino Cheese Cake... sedap yang teramat. gambar nk post xda, sbb dh msuk lubg jmban(dlm phne). favorite tu.. sape yang belanja? nu'man jugak.. TERIMA KASIH NU'MAN...
secret recipe...
capuccino cheese cake

       ada lagi2 orang.. yang ne plak namanya Ahmad. baik ke? taklah baik sangat. hehe..xla.. baikla jugak. pakar math. ada soalan pape je pasal math, msti dia bleh jawab. hm,pnah aku ngadu kat dia pasal aku tak bleh nak bawak math. pastu, dengan semangatnya, dia pun nasihat aku. "yah, amad pun dulu benci dengan english, ngan sejarah. tapi ble masuk 'u' , 100% amad kne blajar dalam english. nak buat macmna lagi? nak tak nak, amad kne blajar jugak. yah bleh sebenarnya, tapi amad tau, nak paham subjek yang kita tak suka, bukan senang. plukan masa. takpela, yah cuba perlahn2. tak semestiya sume subjek kita dapat A, msti ada gak yang akan down. cuba sehabis mungkin. buat ikut kemampuan. benda biasa la tu.." hurm gitula katanya. dan antara sebabnya aku masih ada dalam kos gila math ne. anyway, TERIMA KASIH AMAD.. 
 Math, math, math, math...........
2+2=4...
      
        yang terakhir... tembam2 orangnya, comel2 orangnya. dah besar rupanya yang sorang ne. dulu, main ntah pape je. sekarang dah matured(skit jela kowt).. huhu.. dialah stu2nya adik lelaki ku. tu yang sayang sagt tu. dialah manusia yang salu gak la aku cter skit2 sal pribadi aku. itupun time sekola rendah dlu. skarag da tak sangat.. apepun, TERIMA KASIH ADIK..., eh, Abdullah Azam.. 
adikku...
maka, tamatlah sudah ceritaku ini. 6 jejaka, 1 rasa.. rasa berterima kasih pada kalian. makasih semuanya...