BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

saya tak berharap anda follow saya, tapi saya harap anda dapat sesuatu melalui blog saya...

Pages

Sunday, September 18, 2011

jom ke syurga bersama!


                Aku sayang korang...tak terluah dengan kata2. Bismillah... adus, banyak sungguh rasanya nak cakap kat sini. Sampai tak tau nak susun ayat camane dah. Disini, just nak utarakan pendapatku saja. 

                Pendapat anda sekalian la kan, antara lelaki dan perempuan, lebih baik berkawan ke, lebih baik bercinta?(ops, bab cinta lagi. Biasala, orang sedang serabut ngan dunia cinta). Ops! Jangan jawab lagi! Aku nak cakap pasal pendapatku. Bacala dulu. Nanti kat komen bawah, korang citer sal pendapat korang ea.. jangan sebok kat sini. 

                Hurm, pendapatku la kan, berkawan lagi baik. Tau nape? Sebab berkawan ne, sakit hati tu, di pendam je. katakanla, korang kawan baik dengan sorang mamat yang korang suka, tapi korang pendam je, then korang guraw2 cam takda pape. No jealous, no kongkongan,. Kan lebih aman tanpa kongkongan. Korang tak kesian ke kat bakal2 suami korang, bila tahap cemburu korang sampai menyesakkan dia? Tak kesian ke? Kan lebih baik biar dia bebas camtu je. tu yang pertama. Anggapla ia seperti merapati. Biarlah ia terbang bebas, jika ia milik kita, ia akan kembali.
biarla dia bebas...

                Kedua, kan lebih baik berkawan, sebab bila korang nak keluar ngan mana2 laki, si dia tak da nak marah2 camla korang tu bini dia. Sukati je wat kita(perempuan) cam milik dia. Padahal, bukan ada ikatan sah pun! Ok, aku paham, laki dia take care dia. Takut dia kena tipu ngan laki lain. Ok, aku paham. Jadi, korang pun kena paham gak la laki korang cane. Kan? (choish!)
Ops! Baca sampai habis tau! 
                Pendapat ketiga, nape tak bercinta? Nape lak kawan? Cuba bayangkan situasi korang yang tengah rancak bercinta, tetiba datang orang ketiga. Orang ketiga tu pulak memang lebih baik segalanya dari semua segi, dan laki korang pilih orang ketiga tu, tak ke frust menonggeng? Hilang fokus kerja, hilang focus belajar, hilang tujuan hidup,. Parah tu! Kalau berkawan, laki tu nak perempuan mane pun,(yang mungkin lebih baik dari kita), tak dela kita kisah sangat kan. Sakit tu, sakitla jugak. Tapi kan, orang salu cakap, kalau orang yang kita sayang tu bahagia, kita pun tumpang bahagia. Sebenarnya, ne ayat tuk pujuk hati yang terluka je. padahal dalam hati, tak terkata sakitnya. Hipokrit sekali sekala, apa salahnya. 
 hipokrit penting dalam kehidupan..

                Then, yang keempat, aku nak tanya, kenapa korang degil gak nak bercinta? Walaupun aku dah bagi sebab kukuh tuk korang berkawan je. ke, sebab korang tengok orang lain ada pasangan, korang pun jeles, tak senang duduk. Gitu? Ok, aku tau, bila ada orang sayang kita, kita rasa seronok, bahagia sebab ada orang ambil berat sal kita(walaupun kadang2 terlampau tke cre sampai korang pun lemas). Tapi, semua tu tak kesah pun, asalkan korang tak berstatus single lam facebook. Hurm, aku paham aku paham(walaupun aku takda fb ngan bf). 
Chop weh!! Baca sampai habis! Ini penting untuk kehidupan korang. Percayala..
                Sebenarnya, dua2 aku tak setuju. Berkawan tak boleh, apatah lagi bercinta. Mana ada istilah kawan dalam islam. (jangan berhenti membaca) cinta tu memang fitrah. Korang tau ark fitrah tu ape? Kita lahir dalam fitrah, bila kita sambut syawal, kita kembali pada fitrah. Korang tau tak fitrah tu ape sebenarnya?! (teruskan membaca tuk pengetahuan). Kita lahir dalam fitrah, bererti kita lahir dalam suci. Cinta itu fitrah, bererti cinta itu suci. Kalau cinta tu kita nodai dengan maksiat, tak jadi fitrah dah tu. Tak ke gitu? Tepuk dada, tanya iman. Cinta tu suci kalau kita letak kena pada tempatnya. 
                Ish! Nak jugak bercinta? Lepas kahwin la. baru cinta tu jadi fitrah, suci, bersih, murni. Simpan cinta korang tu tuk laki yang betul2 bakal jadi suami korang. Lepas kawin, kalu nak bermadu kasih pun dapat pahala. Tambah saham akhirat. Tak ke gitu? Kalu sebelum kawin, tambah gak saham akhirat, tapi, paham2la, berat mana timbangan kita. (terima kasih kerana masih terus membaca.teruskan.).  tapi aku tak kata la, xley bercinta. Fikir2 la cane.
                Korang tau ark, kat akhirat nanti, manusia paling sibuk tu sape? Laki yang aku sayang sekarang, abah. Cuba bayangkan orang yang korang sayang, sibuk nak selamatkan orang2 yang dia sayang, termasuk kita. Katakanla korang lemas, dia pun bersusah payah selamatkan korang, sanggup ke, korang biar je dia selamatkan korang tanpa korang usaha sedikit pun. Kejamnya pulak. Mungkin kita ada sedikit usaha tuk selamatkan diri kita gak en? Mungkin kita hulurkan tangan, sambut huluran tangan orang yang kita sayang. Ya Allah, kat akhirat nanti tuh, Rasulullah lah manusia paling sibuk tuk selamatkan kita. Kalau boleh, tak nak tertinggal pun sorang umatnya lemas. masyaAllah. Kita ne? Boleh senang lenang je biar manusia agung tu selamtkan kita. Kejam sungguh. Fikir2kanlah. Kita selalu lupa baginda. Yang kita ingat, bf kita, yang kita ingat, fb kita, yang kita ingat, gf kita.
fb penting untuk kita...
                Jomla sama2 usaha jadi soleh dan solehah. Korang tau ark meaning sayang yang korang salu sebut2kan pada bf or gf korang? Aku nak sangat orang yang aku sayang, bleh gi syurga sama2. Korang tak nak ke? Jadi, jomla kita bersihkan semula cinta kita yang mungkin kita salah pandu. Yuk2. Aku sayang korang, kalau bleh, aku nak masuk syurga ngan korang. Jom!


 sayang korang..
jom ke syurga bersama.
                Terima kasih coz baca sampai habis.  Moga Allah beri kita cinta untuk mencintai manusia agung itu, dan juga mencintaiNya.. insyallah...
Kita slalu kejar dnia, pdahal dnia tk mw pn kt kta. Klu bleh, dia nk kta kjar akhirat. 
jom ke syurga bersama!!

sebarkan jika anda sayangkan orang2 yang anda sayang,,,

0 ulasan: