BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

saya tak berharap anda follow saya, tapi saya harap anda dapat sesuatu melalui blog saya...

Pages

Thursday, September 15, 2011

pada dia yang ku cinta...

saat aku terjatuh pada cinta manusia,
ada tangan yang datang menghulur,
sungguh aku lelah dengan cinta ini,
sungguh aku letih dengan cinta ini,
dia, lelaki yang aku hormat akan keimanannya,
lelaki yang aku bangga dengan kecintaannya pada Rabbnya..
sungguh ku katakan,
bukan senang untuk memandu cinta ini,
semua memandangnya dengan seribu perasaan hormat.
sungguh dia terlalu baik untukku,
pengunduran diriku ini bukan kerana sudah letih menunggu cinta berbalas,
tapi kerana aku tidak layak untuknya,
ya Allah,
andainya cintaku ini ku salurkan pada tempat yang salah,
tegurlah aku,
berilah peringatan buatku.
ya Allah,
sungguh susah, sukar, payah untuk membuang dia dari hati ini.
sungguh perit tuk melupaknnya.
kuatkan aku berjuang dengan perasaanku ini..